Sunday, 18 December 2011

PERIBAHASA - T

1. Bagai tanduk bersendi gading 
Dua benda atau orang yang amat bersesuaian jika disatukan
akan menjadi padan yang cantik.

2. Seperti tebu di mulut gajah 
Sesuatu yang digemari dan apabila dapat atau dimiliki 
tidak akan dilepaskan lagi.

3. Seperti tebuan di dalam tukul.
Percakapan yang kurang jelas.

4. Seperti air di dalam talam
Dalam keadaan santosa.

5. Bagai telur di hujung tanduk.
Dalam keadaan yang amat genting ,silap sedikit membuat 
Perhitungan boleh menjadi binasa.

6. Seperti tempayan tertiarap di atas air 
Perihal orang yang bebal dan tidak mahu menurut nasihat pula.

7. Bagai tali berlembar empat 
Buah fikiran yang dibincang oleh empat orang.

8. Bagai tanah pelempar balam 
Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.

9. Bagai tikus jatuh ke beras 
Orang yang memperoleh kekayaan akan merahsiakan 
bagaimana kekayaan itu diperolehinya.

10.Bagai tikus membaiki labu 
Orang yang tidak  mahir dalam membaiki sesuatu benda,
jika dicuba membaikinya benda itu akan  rosak 

No comments: