Friday, 16 December 2011

PERIBAHASA P/R

1.Bagai panas mengandungi hujan 
Orang yang tertawa atau gembira tetapi sebenarnya dalam kesusahan.

2.Bagai pancang digoncang arus 
Pendirian yang sering  berubah –rubah.

3.Bagai pelanduk di cerang rimba 
Gelisah kerana ketakutan.

4.Seperti  pinang dibelah dua 
Pasangan yang sama cantik  dan sama padan.

5.Seperti pinang pulang ke tampuk 
kena pada tempatnya,secocok benar.

6.Umpama pisau pada tangan kanan ,mentimun pada tangan kiri 
Orang yang mempunyi kuasa dan harta kekayaan bebas melakukan
sesuatu mengikut kehendak hatinya.

7.Seperti pungguk rindukan bulan 
Mengharapkan  sesuatu yang tidak mungkin dapat dimiliknya.

8.Bagai punggur rebah 
Keadaan apabila orang gemuk  rebah.

9.Bagai rabut dengan api 
Dua orang yang bertujuan sama di dalam satu perkara hanya
tunggu masa sahaja.

10.Bagai rambut dibelah tujuh 
Bilangan yang terlalu sediki.

11. Seperti rumput di tepi jalan 
Keadaan kehidupan sesorang yang melarat. 

12. Seperti rusa kena tambat 
Selalu dalam keluh-kesah.

13.Seperti rusa masuk kampung  
Seorang yang kehilatan tercengang-cengang melihat sesuatu yang
tidak pernah dilihat sebelum ini.



No comments: