Sunday, 18 December 2011

PERIBAHASA - KATA-KATA HIKMAT


1. Bersekutu Bertambah Mutu
Erti: Berkerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh 
Erti: Perpaduan akan menjadikan kita kuat, manakala perpecahan akan
 melemahkan kita.

3. Jimat Cermat Membawa Berkat
Erti: Sikap berjimat akan mendatangkan faedah.

4. Masa Itu Emas
Erti: Masa itu sangat berharga.

5. Ilmu Itu Pelita Hati 
Erti: Ilmu merupakan sinar yang memberi panduan pada kehidupan manusia

6. Bahasa jiwa bangsa 
Erti: Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat.

7. Bertangguh itu pencuri masa 
Erti: Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri sendiri.

8. Kata-kata Lebih Tajam daripada mata pedang.
Erti: Kata-kata yang pedas dapat menyinggung perasaan seseorang.

9. Membaca Jambatan Ilmu
Erti: Tabiat suka membaca dapat membantu kita menambahkan
ilmu pengetahuan.

10. Muafakat Itu Berkat
Erti: Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan
mendatangkan  kebaikan. 

1 comment:

mita seelan said...

try to do all peribahasa with maksud dan ayat