Sunday, 18 December 2011

PERIBAHASA - E/G


1. Seperti embun di atas daun.
Niat yang sering berubah-ubah 

2. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing 
Orang yang mengutamakan  kepentingan diri daripada kepentingan 
orang ramai.

3. Seperti gading dilarik 
Rupa yang cantik 

4. Bagai gagak menggonggong telur 
Perempuan  hodoh  yang berpakaian cantik 

5. Seperti gajah masuk kampung 
Melakukan sesuatu dengan bebas kerana tidak akan dihukum 

6. Seperti gajah putih ditambat 
Orang yang merugikan kita kerana menanggung makan minumnya 

7. Bagai gelegar buluh 
Suka bercakap besar 

8. Seperti gerup dengan sisir 
Perihal pergaulan dua orang yang sangat mesra 

9. Bagai guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.
Dihargai sewaktu berguna, dibuang apabila tidak digunakan 

10. Seperti gunting makan di hujung 
Kata-katanya tajam tetapi tidak terasa ketajamannya kerana bijak
menyusun kata-kata 

No comments: