Friday, 16 December 2011

BAHAGIAN C


LATIHAN
BAHAGIAN C
20 MARKAH
MASA DICADANGKAN : 20 MARKAH

Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Fajar menyinsing waktu pagi,
           Ayam berkokok di atas reban;
Rendah diri sikap terpuji,
Mulia berbudi jadikan amalan.

Bayu menghembus nyaman terasa,
Sutera beralun di pohon ara;
Tuntut ilmu manfaatkan masa,
Kelak dirimu hidup berjaya.

Cantik berseri bunga cempaka,
Mekar indah dalam jambangan;
Janganlah lupa ibu dan bapa,
Moga kejayaan sentiasa berpanjangan.

Bekal dibawa berupa penangan,
Buat umpan si ikan haruan;
Wahai adikku dengarlah pesanan,
Nasihat ini jadikan panduan.



No comments: