Sunday, 11 December 2011

LATIHAN 2- KARANGAN AUTOBIOGRAFI - AKU CERMIN

Karangan mengisi tempat kosong untuk aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran mengarang.

“ Aku Cermin”

Aku cermin. Aku diperbuat daripada kaca. Setelah aku dilahirkan di sebuah kilang, aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual. Di situ, aku bertemu dengan banyak rakan yang lain.
Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang gadis yang jelita. Dia membawa aku pulang ke rumahnya dan menyangkutkan aku pada sebatang paku di dinding.
Setiap pagi sebelum pergi bekerja, gadis itu pasti akan menggunakan aku. Kadangkala, leka juga aku melihat dia mengenakan bedak serta gincu.
Pada suatu hari, ketika aku tinggal sendiri, adik lelaki gadis itu telah masuk ke bilik tuanku. Dia membawa sebiji bola. Dia kemudiannya, melambung-lambung bola itu. Tiba-tiba, bola itu terkena mukaku.
Aku jatuh ke lantai. Alangkah sakitnya aku kerana badanku sudah hancur berkecai. Kerana takut, budak itu segera mengutipku lalu meMbuangku ke dalam tong sampah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berkhidmat kepada tuanku lagi

Tugasan:
Cari kata nama dan kata kerja. Isikan dalam jadual yang disediakan.

Nombor
Kata Nama
Kata Kerja
1


2


3


4


5


6


7


8


9


10



No comments: