Sunday, 4 December 2011

KATA NAFI

1. BUKAN 

Untuk menafikan atau menindakan
frasa nama dan frasa sendi nama.

2. TIDAK
Digunakan untuk menafikan atau menidakkan
frasa kerja dan frasa adjektif.  

CONTOH PENGGUNAAN.
BUKAN 
Menafikan frasa nama 

1. Orang tua itu bukan datuk saya.          
2. Iswara merah itu bukan kereta saya.  
  
BUKAN
Menafikan frasa sendi nama. 

1.Baju ungu itu bukan untuk Mei Lan.
2.Mayatnya ditemui bukan dalam air.  

TIDAK
Menafikan frasa kerja 

1. Kamala tidak datang ke pejabat semalam. 
2. Farah tidak mandi pagi tadi. 

TIDAK
Menafikan frasa adjektif. 

1. Rumah itu  tidak besar.
2. Lukisan itu tidak cantik.

No comments: