Sunday, 11 December 2011

KARANGAN UCAPAN - LATIHAN 2


KARANGAN JENIS UCAPAN


Selamat petang ayah dan ibu, Abang Long, kak ngah, Adik Erra dan rakan-rakan yang dikasih sekalian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sekalian kerana sudi hadir pada majlis hari lahir saya yang ke-12. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi memberikan hadiah  kepada saya. Untuk keluarga saya, terima kasih kerana bersusah payah mengadakan majlis ini.
Saya sangat gembira kerana kita dapat berkumpul dan bermesra pada hari ini. Kehadiran saudara dan saudari akan menyerikan lagi majlis ini. Saya berharap rakan-rakan sekalian bergembira pada hari ini.
Sebelum mengkhiri ucapan ini, saya ingin mempersilakan hadirin untuk menjamu selera dengan segala hidangan yang ada. Nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh ibu serta kakak saya. Saya yakin anda akan berpuas hati dengan masakan mereka. Mereka memang handal memasak.
Sekian, terima kasih 



Tugasan:
Cari kata nama dan kata kerja. Isikan dalam jadual yang disediakan.

Nombor
Kata Nama
Kata Kerja
1


2


3


4


5


6


7


8


9


10



No comments: