Anda
menyertai satu pertandingan syarahan di peringkat daerah. Anda telah memilih
tajuk ‘Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar Bersendiri’.
Sediakan teks syarahan anda
selengkapnya.
BELAJAR
BERKUMPULAN LEBIH BAIK DARIPADA BELAJAR SENDIRI
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha ,Tuan Guru Besar,
Guru-guru Penolong Kanan, Barisan Hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan
seterusnya rakan-rakan yang dikasihi.Tajuk yang akan saya ketengahkan dalam
syarahan saya kali ini adalah ‘Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar
Bersendirian.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Menurut Kamus Dewan, belajar bererti menuntut
ilmu dan menimba ilmu pengatahuan. Manakala berkumpulan pula membawa maksud,
beberapa orang individu berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan sesuatu ilmu
pengetahuan. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa berlajar
berkumpulan adalah sekumpulan individu menuntut ilmu bersama-sama.
Belajar secara berkumpulan pula lebih baik
kerana banyak idea dan buah fikiran dapat dikongsikankan pada satu-satu masa.
Idea atau pendapatan yang diketengahkan itu dapat digabungjalinkan menjadi satu
pendapat yang sangat bernas. Berbeza dengan belajar bersendirian, idea atau
pendapat hanya tetumpu pada seseorang individu sahaja.
Selain itu, belajar berkumpulan dapat membentuk
satu pasukan yang mantap. Ia mengajar kita sifat bekerjasama, bantu-membantu
dan saling tolong-menolong. Nilai-nilai ini hanya dapat apabila kita belajar
secara berkumpulan. Hubungan sesama ahli kumpulan menjadi akrab dan mesra.
Sesuatu tugasan atau kerja kursus yang diberi
akan dapat dilaksanakan dengan baik dan mudah. Ini kerana kerja berkumpulan
diistilahkan sebagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Segala susah
dan senang dalam kumpulan akan dihadapi bersama-sama.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Di sini ingin saya tegaskan bahawa belajar
berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian. Saya akhiri
syarahan saya ini dengan serangkap pantun.
Guru
mengajar penuh bergaya,
Murid
belajar dengan cemerlang,
Belajar
berkumpulan itulah cara,
Kejayaan kita
pasti gemilang.
1 comment:
thank u cigu!!!!
:3
Post a Comment