Sunday, 11 December 2011

KARANGAN - SURAT RASMI - TIDAK HADIR KE SEKOLAH


KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN RASMI

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah semalam .Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan tentang perkara itu.Berikan alasan yang munasabah.

Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas,
Peti Surat, 130, 89108,
Kota Marudu,
Sabah.
____________________________________________________________________

Cikgu Shadia binti Jimlok,
Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas,
Peti surat 130,
89108 Kota Marudu,
Sabah.                                                                              14 November 2011

Cikgu,

Tidak Hadir Ke Sekolah
---------------------------------
Dengan segala hormatnya, saya Eryana Erra Elana Manja ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah semalam kerana menziarah nenek yang sakit tenat di kampung.

2.         Keluarga saya telah menerima telegram malam semalam. Kami telah bertolak ke Sabah sejurus selepas menerima telegram itu. Keadaan ini menyebabkan saya tidak sempat untuk menghubungi cikgu atau rakan-rakan sekelas.

3.         Semoga cikgu dapat memaafkan kesalahan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Eryana
--------------------------------
(ERYANA ERRA ELANA MANJA)
Pelajar Tahun enam,
Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas. 

3 comments:

amani comel said...

cikgu tolong saya buat karangan tentang saya tidak hadir ke sekolah kerana keracunan makanan

Anonymous said...

cikgu tolong saya tulis karangan tidak dapat ke sekolah kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.

aina said...

cikgu tolong la saya,saya nak buat karangan tentang tidak hadir ke sekolah beberapa hari kerana mengalami keracunan makanan.