Sunday, 11 December 2011

KARANGAN - PERBINCANGAN - PELAJAR CEMERLANG


KARANGAN JENIS PERBINCANGAN

Menjadi seorang yang cemerlang adalah impian setiap pelajar. Bincangkan cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang.


PELAJAR CEMERLANG JADI IMPIA
          Memang tidak dapat dinafikan setiap pelajar ingin menjadi yang cemerlang.Cita-cita dan harapan ini, akan menjadi nyata  jika seseorang pelajar itu melakukan perkara yang terbaik buat dirinya. Dalam mencapai impian ini, ada pelajar  yang berjaya dan ada juga yang kecundang.
Menjadi pelajar cemelang memerlukanseseorang itu berdisiplin. Mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang  yang diceburi. Apa jua bidang, kurikulum  atau kokurikulum mesti  dilakukan dengan  bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Jika tidak, harapan untuk menjadi pelajar cemerlang akan musnah.
Selain itu, mereka mesti bijak membahagikan masa. Urusan pelajaran harus diutamakan. Urusan-urusan lain seperti membantu ibu bapa dan rakan-rakan yang lain tidak harus diketepikan. Sebagai pelajar yang cemerlang, kita wajib membantu ibu bapa apabila diperlukan. Jangan hampakan harapan mereka.
Untuk mencapai kejayaan cemerlang, seseorang pelajar harus taat kepada perintah agamanya. Mereka harus mengamalkan suruhan agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Tinggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama agar hidup lebih diberkati.
Jika inginkan kejayaan yang cemerlang, seseorang pelajar juga perlu menghormati kedua ibu bapanya, guru-guru serta rakan-rakan. Sekalipun sibuk dengan pelajaran, ibu bapa harus diutamakan. Guru-guru harus dihormati dan hubungan dengan rakan juga  perlu dijaga dengan baik.
Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hadir dengan komitmen yang tinggi untuk berjaya. Setiap individu boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh. Jadi terpulang kepada seseorang pelajar sama ada menjadi pelajar cemerlang atau tidak.

No comments: