KARANGAN
JENIS LAPORAN
Persatuan
Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan
mengenainya.
LAPORAN
LAWATAN KE PULAU LANGKAWI
Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah
Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau
Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid
dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala
Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam
12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan
terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki
bas persiaran melawat tempat-tempat
menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar,
Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada
lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati
makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut
disediakan pihak hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi.
Rasanya sunguh sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami
berpeluang menaiki kereta kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik.
Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar
laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup
kami.
Pada hari terakahir, kami pergi
membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah
bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun
keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.
Laporan disediakan oleh, 2 Jun 2011
Anita
(ANITA
BT AHMAD)
Setiausaha
Persatuan Sains
SK.
Mangkapon, Pitas.
No comments:
Post a Comment