Sunday, 11 December 2011

KARANGAN - GAMBARAN - SAMBUTAN HARI GURU


KARANGAN JENIS GAMBARAN ATAU SUASANA

Suasana sambutan Hari Guru disambut meriah di setiap sekolah. Tuliskan sebuah karangan tentangnya.

SAMBUTAN HARI GURU

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.
Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya Pengarah  Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu.
Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.
Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat disaksikan.
Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa.
Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.