Saturday, 10 December 2011

KARANGAN - BIOGRAFI - IBU SAYA


Ibu adalah orang yang  melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak  dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Aminah Ali. Beliau berumur 35 tahun.
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.
Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama. 
Saya sayang akan  ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu. 

(Jumlah patah perkataan 202)

- Karangan sekolah rendah  - 80 perkataan 
- Karangan ini boleh dikembangkan lagi mengikut pengalaman murid masing-masing. 

6 comments:

Anonymous said...

Saya suka karangan nie..............

murid thn 6 said...


saye suke karangan nie..<3

saye akan gunakn karagan nie utk upsr anty. semoga saye mendpt 5A UPSR anty
~AMIN~

Anonymous said...

Sebuah karangan yg sgt bagus

Nordini Yusrina said...

bagus..saya bagi a++ ..

Anonymous said...

Wah..hebatnya karangan ni..Esok 12/5/2014 sy periksa..sy nak guna untuk periksa la..

Anonymous said...

ya bagus...tapi ade 5 perenggan ajer ker???