Sunday, 11 December 2011

KARANGAN - BERITA - KEJADIAN TANAH RUNTUH


KARANGAN JENIS BERITA

Tuliskan berita tentang kejadian tanah runtuh.

IPOH,15 November – Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Gua Tempurung petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini terjadi setelah hujan lebat berlarutan  sejak tiga hari yang lalu.  
Lima buah kenderaan yang terdiri daripada tiga buah kereta dan dua buah lori tela rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah. Hanya luka-luka kecil dan kecederaan ringan dialami oleh mangsa-mangsa.
 Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim, kejadian berlaku apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Setibanya di tempat kejadian keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada batang di tepi jalan yang menyelamatkan beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan menyelamatkan diri.
Kejadian tanah runtuh ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke tempat  kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas.
Pihak polis dengan bantuan kakitangan PLUS bertungkus lumus memindahkan batu-batan yang bertaburan di jalan raya. Pihak polis terpaksa menutup lebuh raya tersebut untuk menjalankan siasatan lanjut.         
Kenderaan yang menuju ke utrara dan selatan tanah air akan dilencongkan ke jalan biasa. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melalui lebuh raya tersebut. Pandu cermat jiwa selamat.

3 comments:

Anonymous said...

nice essay,i love it.thx anyway

Anonymous said...

niceeeeeeeeeee esssssssssssssssaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyy.thxxxxxxx

Anonymous said...

Nice essay