Tuliskan
sebuah karangan bertajuk ‘AKU SEEKOR KUCING.’
AKU
SEEKOR KUCING
Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku
berasal dari negara Jepun. Badanku berwarna kuning kebiru-biruan. Aku adalah
sepsis kucing yang disukai ramai. Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di
seluruh dunia.
Aku telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia.
Dia telah membeliku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun
kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.
Eryana sangat
,menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan rapi. Aku umpama
“insan istimewa” buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai manja. Namaku Manja
kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga Eryana sangat mengambil
berat akan diriku.
Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu,
aku diberi makan Friskies dan makanan tambahan yang lain. Pada waktu tengah
hari, aku akan menunggu kepulangan tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti
anak kecil. Gembiranya hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke
taman untuk bersiar-siar dan beriadah. Tiba-tiba datang seekor anjing gila
menyerangku. Aku terkejut dan tergamam dengan kejadian itu. Badanku mengalami
calar-balar dan luka hampir ke seluruh badan.
Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah
disahkan dijangkiti penyakit. Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan.
Tuanku menjauhkan diri daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa
tangga.
No comments:
Post a Comment