Sunday, 11 December 2011

KARANGAN UCAPAN - LATIHAN 1


 KARANGAN JENIS UCAPAN

Arahan: Sediakan sebuah ucapan sempena hari persatuan beruniform sekolah kamu. Andaikan kamu adalah ketua salah sebuah persatuan itu.

Selamat pagi Saudara Pengerusi Majlis, guru besar,guru-guru, rakan-rakan serta sekalian. Terima kasih kerana sudi menghadiri majlis ini. Tidak ketinggalan  juga, kepada para peserta ahli jawatan kuasa serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini
Sempena hari persatuan beruniform sekolah ini, saya,selaku ketua pasukan pengakap sekolah, ingin  mengucapkan selamat datang kepada semua. Tujuan kami mengadakan majlis seumpama ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang pasukan beruniform. Upacara ini juga bertujuan untuk menarik perhatian pelajar yang lain supaya menganggotai pasukan berunifrom. Melalui pasukan berunifrom, kita berpeluang untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan dalam diri pelajar. Kita juga dapat mengeratkan hubungan melalui aktiviti begini.
Saya berharap para hadirin akan mendapat manfaat daripada pameran dan pertunjukan yang ada. Banyak aktiviti menarik yang dapat anda saksikan. Anda juga boleh mencuba nasib dalam pertandigan kuiz terbuka yang diadakan. Semoga anda sekalian akan terhibur di samping menimba pengalaman baru pada hari ini.
Sekian, terima kasih.



Tugasan:
Cari kata nama dan kata kerja. Isikan dalam jadual yang disediakan.

Nombor
Kata Nama
Kata Kerja
1


2


3


4


5


6


7


8


9


10




No comments: