Sunday, 11 December 2011

BAHAGIAN C - LATIHAN 5



BAHAGIAN C
20 MARKAH
MASA DICADANGKAN : 20 MINIT



Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

                Sang burung sedang berehat pada sebatang pokok. Tiba-tiba, Sang Burung mendengar jeritan Sang Semut meminta tolong. Sang Burung mencari –cari suara Sang Semut. Rupa-rupanya,Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Tanpa membuang masa, Sang Burung menjatuhkan sehelai daun untuk Sang Semut menyelamatkan diri. Tindakan pantas Sang Burung berjaya menyelamatkan Sang Semut daripada lemas. Sang Semut berpaut pada daun itu. Setelah selamat ,sang semut mengucapkan terima kasih kepada  Sang Burung. Selang beberapa hari, Sang semut terserempak dengan seorang pemburu yang mengacukan senapangnya ke arah seekor burung. Rupa-rupanya, burung itulah yang telah menyelamatkannya tempoh hari. Kini, tiba giliran Sang Semut untuk membalas jasa Sang Burung. Sang semut telah menggigit kaki pemburu.Tindakan Sang Semut telah menyebabkan pemburu terkejut dan tembakannya tersasar. Sang Burung pun terselamat.  

No comments: