Sunday, 11 December 2011

BAHAGIAN C - LATIHAN 4

BAHAGIAN C
20 MARKAH
MASA DICADANGKAN : 20 MINIT



Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

                Zainal seorang murid yang nakal. Dia selalu menganggu rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah. Pada hari itu, seorang murid baharu, bernama Azman belajar di kelasnya. Zainal merancang untuk menganggu Azman. Dia menyekat Azman di pertengahan jalan dan meminta wang. Azman yang ketakutan terus memberikan wang sakunya kepada Zainal. Hal ini, berlarutan selama beberapa hari. Azman tidak tahan lagi dengan Zainal. Azman mengadu kepada kawannya,Rizal. Rizal menyuruh Azman melaporkan kepada Guru Besar.  Akhirnya, Azman melaporkan perkara itu kepada Guru Besar dengan bantuan Rizal. Guru Besar mengenakan tindakan tatatertib kepada Zainal. Zainal berasa menyesal akan perbuatannya dan meminta maaf kepada Azman. Dia berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya.






1 comment:

Anonymous said...

Esok saya periksa, wish me luck