Sunday, 11 December 2011

BAHAGIAN C - LATIHAN 3

BAHAGIAN C
20 MARKAH
(MASA DICADANGKAN : 20 MINIT)


Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Dewi dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Ayah dan ibunya bekerja sebagai penoreh getah. Di  sekolah, Dewi seorang murid yang rajin. Dia selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. Selain itu, Dewi juga peramah orangnya dan berbudi bahasa. Dia suka  menolong orang yang berada dalam kesusahan. Oleh sebab itu, banyak orang suka berkawan dengannya. Dia juga disenangi dan disukai oleh gurunya.

No comments: