Wednesday, 21 December 2011

PERIBAHASA - CONTOH-CONTOH PERIBAHASA

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa. 

20. kaki bangku.
Maksud : Tidak pandai bermain bola

21. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

22. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

23. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

25. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


26. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

27. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

28. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

29. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

30. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

31. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

32. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

33. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

35. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

36. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

37. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

38. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

39. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

40. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

41. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

42. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

43.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

44. berbesar hati
Maksud : Gembira.

45. anak buah
Maksud : a. Anak saudara.
               b. Pekerja di bawah jagaan kita.

46. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

47. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

48. batu penghalang
Maksud : Halangan

49. untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

50. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. 
               b. Kehidupan yang senang.

Tuesday, 20 December 2011

LATIHAN TATABAHASA 4 - SET A

1.Saya akan______menyiapkan tugasan itu.
a.mencuba   
b.mencubai    
c.mencubakan  
d.percubaan


2.Rahim________beberapa helai kertas nipis untuk membuat lelayang itu.
a.gunakan  
b.menggunai      
c.menggunakan  
d.penggunaan


3.Wanita itu______anak puan Esah yang berusia setahun itu.
a.mengendong  
b.menjinjing    
c.mengandar    
d.membimbit


4.Ibu_____daging yang baru dibelinya halus-halus.
a.menetak  
b.mengincir
c.mencantas   
d.mencencang


5.Ayub menulis se______surat dan se_______kartu pos untuk rakannya.
a.lembar,buat
b.keping,naskhah
c.pucuk,keping  
d.helai,helai


6.Selepas makan se______ikan,kucing itu mencuri se______daging.
a.kerat, hiris
b.ekos, potong
c.cebis, buku
d.cubit, ruas.


7.Di atas meja itu terdapat se______rokok dan se_________pemetik api.
a.batang,kotak
b.buat, bungkus
c.kotak, butir
d.bungkus, buat


8._______jadinya perdebatan itu lantaran masing-masing tidak dapat mengawal perasaan.
a.Debak-debuk   
b.Liang-liku    
c.Hina-dina    
d.Haru-biru


9.Jantungku______kerana terkejut.
a.berpontang-panting 
b.berkusut-masai  
c.berdegap-degup
d.berkumat-kamit.

10._______pengetahuan saya, Mariam sudah berniaga sendiri.
a.Dari   
b.Sejenak        
c.Sepanjang       
d.Di

11.penduduk desa ini hormat________beliau,__________yang kaya________yang miskin.
a.dengan,biarpun, ataupun
b.akan, baik, mahupun
c.kepada, tetapi, kecuali
d.terhadap, jangankan, inikan


12.______baru berusia dua tahun_______ dia petah bercakap.
a.Biarpun, kecuari
b.Sungguhpun, atau.   
c.Walaupun, namun   
d.Mestipun, melainpun.


13.Ayam betina memang selalu berketuk_______hendak bertelur.
a.bila 
b.sejak   
c.semenjak    
d.apabila


14.Wahid mengumpan bola itu________ rakannya_______ dia mengalami kekejangan otot.
a.kepada, sebelum  
b.pada, jikalau          
c.terhadap, seketika            
d.menuju, selepas

15.Dia berasa______ apabila tidak diundang ke masjlis persandingan sahabat lamanya itu.

a.kecil hati
b.besar hati   
c.patah hati       
d.putih hati


16.Perundingan itu telah menemukan______.
a.jalan mati   
b.bawah angin    
c.atas angin    
d.jalan buntu.


17.Budak yang selalu lewat ke sekolah itu dimarahi oleh cikgu Kasim.
a.lambat, didenda      
b.awal, dipuji         
c.cepat, dihina          
d.lekas, dirotan.


18.Budi bahasanya yang halus membuatkan kami suka kepadanya.
a.kasar, benci     
b.keras, hina          
c.besar, enggan             
d.baik, gemar.


19.I Nah, ini pen ambillah!

    II Jangan membacalah buku ini.

    III Pak Cik Karim berjumpa dengan Doktor Rajah tadi.

   IV Rumah Mak Cik Piah terletak di kaki bukit itu.
a.I, II      
b.III, IV    
c.I, II, IV   
d.I, II, III, IV


20. I.Abang Yoke Ling memang gemar menuntun wayang gambar.

     II. Ayah saya membeli seratus cocok sateh di Gerai Sateh pak Mail.

     III. Ahmad membayar bil eletrik di pejabat pos pagi semalam.

     IV.Kereta Proton Wira itu terbabit dalam kemalangan di lebuh raya.
a.IV sahaja       
b.I, II      
c.III, IV      
d.I, II, III, IV



Sumber :  http://upsrbm.tripod.com/ltalat4.htm

LATIHAN TATABAHASA 2 - SET A

1.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.

a.meminta                
b.diminta                
c.permintaan                 
d.mintalah


2.Mangsa-mangsa kemalangan itu________ rawatan pesakit luar.

a.melalui              
b.memasuki              
c.menjalani               
d.mengharungi


3.Seekor ikan paus_______ di pantai Merdeka.

a.terbaring            
b.tertiarap               
c.terperosok              
d.terdampar.


4.Ayah sudah_______ bayaran bil elektrik.

a.menegaskan      
b.menjelaskan     
c.melenyapkan    
d.mengeluarkan.


5.Ibu menyuapkan________ pulut ke mulut adik.

a.seketul               
b.sepinggan                 
c.sekepal               
d.sebuku.


6.Hanya segelintir penduduk kampung yang mempunyai kereta lebih daripada_________ .

a.sebiji             
b.sebutir                 
c.sebuah                
d.sepotong


7.Dia berasa_______ untuk menerima bantuan daripada orang yang tidak dikenalnya itu.

a.buta hati           
b.tawar hati             
c.besar hati           
d.berat hati.


8. Salwa meluahkan________ nya kepada kami sambil menangis.

a.patah hati         
b.isi hati      
c.khabar anggin        
d.titik peluh


9.Tan Meng tidak________ untuk meninggalkan adiknya seorang diri di situ.

a.mengambil berat      
b.mengambil hati      
c.sampai hati     
d.sampai hajat


10.Baju itu dibuat_________ sutera.

a.dari         
b.daripada             
c.dengan              
d.di


11.Orang kenamaan itu sedang beramah mesra_______ kanak-kanak cacat di majlis itu.

a.terhadap             
b.pada                  
c.dengan             
d.bagi.


12.Puan Geeta ke dapur_______ menjerang air.

a.sambil        
b.lalu             
c.dan               
d.maka.


13.Encik Lim________ ke pejabat dengan basikal.

a.mundar-mandir         
b.lambat-laun           
c.lalu-lalang             
d.ulang-alik.


14.Encik Malik sedia berkhidmat________ tenaganya diperlukan.

a.walaupun         
b.sehingga              
c.selagi             
d.kerana.


15.''Wah,_________ betul cuaca hari ini!'' kata Rasli.

a.bersih               
b.nyaman           
c.cerah             
d.cantik.


16.Air tasik yang_______ itu berkocak apabila dilempari batu.

a.hening             
b.nyaman               
c.syahdu             
d.tenang


17.Majlis perasmian itu berjalan dengan_________ .

a.laju              
b.pantas             
c.lancar               
d.licin.


18.David sentiasa berfikir_________ sebelum melakukan sesuatu.

a.banyak              
b.panjang            
c.jauh            
d.lama.


19.Nenek menatap wajah kami_________ .

a.sedikit-sedikit   
b.lama-lama    
c.jelas-jelas      
d.kuat-kuat


20.Perbuatan________ di pusat beli-belah tidak berfaedah.

a.membeli-belah      
b.melihat-lihat    
c.merayau-rayau  
d.meninjau-ninjau.

 Sumber :  http://upsrbm.tripod.com/ltalat3.htm

LATIHAN TATABAHASA 3 - SET A

1  Hari ini ialah hari jadi adik yang____________.
   A  ketiga    B   bertiga-tiga   C  bertiga   D  ketiga-tiga

2  Pada hari Ahad ramai____________ berniaga di situ.
  A  berniaga  B  perniagaan  C   peniaga  D  meniagakan

3  ______________ deman denggi sangat merbahaya.
   A  Kesakitan  B  Disakiti  C   Pesakit  C  Penyakit

4   ___________ orang budak itu telah pun dijumpai.
    A  Berempat  B  Keempat-empat   C  Empat  D  Keempat

5   Ong Chai telah dilantik sebagai___________ sekolah.
   A   pengawas   B    mengawasi  C  pengawasan   D   diawasi

6Ayah sedang _________ rumput.
  A  dicabut   B   mencabut    C   mencabutkan   D  tercabut
7   Faridah dan Cindy sedang____________ .
   A  bual   B   dibualkan   C  membualkan   D   berbual

8   Guru itu ___________  murid-murid yang degil.
   A   mendenda   B    didenda   C   dendaan   D   denda

9   Budak-budak itu____________ di tengah padang.
   A   gaduh   B  digaduhkan    C  bergaduh   D   pergaduhan

10  Puan Lim sedang__________ di tengah padang.
   A   ditunggu   B    tunggu  C   penunggu   D   menunggu

11   Budak itu berlari__________ membawa bola.
   A  sambil  B  kerana  C   jika   D   sebab

12   Adik menangis____________ terkejut.
   A   jikalau   B   atau    C   kerana   D   dan

13   Peng Chai mengambil begnya___________ pergi dari situ.
   A   semenjak   b    lalu   C   selepas   D   tetapi

14    Ayah akan pergi ke Melaka pada hari ini____________pun esok.
   A   dan   b   kerana    C   semenjak   D   atau

15   Chee Keong hendak mengangkat beg itu____________ tidak terdaya.
   A   kerana   B   jika    C   sebab   D  tetapi

16    Buku itu sanggat__________.
   A    tinggi   B    tebal   C   kuat   D    gemuk

17  Dia menjerit  dengan____________ apabila terkejut.
   A   kuat   B   pantas    C    laju   D   kenjang  

18   Rumah________ itu telah runtuh.
   A   cantik   B   baru   C   buruk   D   busuk

19   Jimmy menjawab soalan gurunya dengan___________-.
   A   lama   B   besar    C    cantik   D   cepat

20    Buah durian sangat__________ rasanya.
   A   busuk   B   indah    C   lazat   D   cantik

Sumber :  http://upsrbm.tripod.com/ltalat3.htm

LATIHAN TATABAHASA 1 - SET A

1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
a.mencurahi.             b.dicurahkan.               c.mencurahkan.            d.dicurahi.

2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
a.mengajar          b.mengajarkan             c.ajarkan                d.diajarkan.

3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a.ditanak.            b.dikukus.                    c.direbus              d.dijerang.

4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a.mengandas.        b.menjinjing.              c.menatang.            d.membimbit.

5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan
kenderaannya di kawasan tunda itu.

a.Biarpun,  begitu juga.       
b.Mestipun,  kecuari.   
c.Walaupun,  namum       
d.Sungguhpun,  maka.

6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
 a.lalu,  Biarpun.          b.dan,    Manakah.          c.apabila,     Sementara       d.maka,      Adapun.

7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
a.biji,   buah         b.berkas,     butir       c.tangkai,        biji.          d.ulas,    ikat.

8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
a.biji      b.kelompok         c.buah           d.gerombolan.

9.Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
a.batang       b.papan         c.berkas        d.laras.

10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a.Bebatang       b.Bebuli        c.Reranting        d.Kekayu

11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.lelapi         b.lelabah         c.Kekabu        d.tetupai.

12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
a.sampah-sarap       b.semak-samun           c.sayur-mayur        d.lauk-pauk

13._______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis.
a.Kaki     botol          b.Kaki      judi          c.Kaki     bola       d.Kaki   sapu

14.Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.
a.otak   kancil       b.otak     udang       c.otak   cair         d.otak    beku.

15."Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub.
a.tangkai jering      b.hancur hati         c.pedih hati            d.hidung tinggi.

16.Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya.
a.tewas         b.prihatin            c.kecewa         d.menangis.

17.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta                 b.diminta                 c.permintaan                  d.mintalah

18.Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
a.terpelihara,terkorban   
b.terkawal,tenat    
c.terjaga,menemui ajal.  
d.terbelai,mati.

19.Tan tidak berselera hendak  makan di gerai yang kotor itu.
a.lalu       b.biasa        c.ingin          d.berasa.

20.Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
a.pucuk     b.laras             c.helai          d.keping.

 Sumber : http://upsrbm.tripod.com/sokli.htm

Sunday, 18 December 2011

BAHASA SANSKRIT - AKHIRAN WATI, NITA, MAN

Pengunaan akhiran-wan- akan  menerbitkan kata nama yang membawa 
maksud pelaku  sesuatu perbuatan, pekerjaan atau  tugas, atau pemilik 
sesuatu sifat  atau  kepunyaan.

1. Seniwati
  Erti: perempuan yang berkecimpung dalam kegiatan seni.

2. Olahragawati
  Erti: ahli sukan perempuan 

3. Peragawati
  Erti:perempuan  yang  memperagakan pakaian

4. Sukarelawati
  Erti:orang  perempuan  yang  melakukan  kerja amal 

5. Budiman 
  Erti:berbudi,bijaksana

 6. Seniman
  Erti:orang lelaki yang mencipta seni 

7. Biduanita
  Erti:orang Puan Seri Saloma mempunyai suara yang 
  merdu dan sedap didengar. 

IMBUHAN KATA ASING - BAHASA SANSKRIT


IMBUHAN  KATA ASING:
Imbuhan  kata Asing : Bahasa Sanskrit 

Angkasawan 
Erti: Orang yang menjelajahi  angkasa lepas 
Contoh ayat: Empat calon angkasawan Malaysia 
sedang  menjalani  latihan di Rusia.

Cendekiawan
Erti: Orang  yang  cerdik 
Contoh ayat: Para  cendekiawan berbincang untuk
menyelesaikan masalah  antara  dua buah  negara itu.

Ilmuwan 
Erti: Orang  yang melibatkan diri dalam bidang keilmuan 
Contoh ayat: Ilmuan  Islam  di zaman  kerajaan Uthmaniyah
meninggalkan  banyak karya-karya yang agung.

Rupawan
Erti: Orang yang cantik 
Contoh ayat: Gadis rupawan itu anak Pak Mail.

Bangsawan
Erti: Orang yang berketurunan  mulia 
Contoh ayat: Raja  Mariam dihormati kerana dia
berketurunan bangssawan.

Budayawan
Erti: Orang yang ahli  dalam kebudayaan
Contoh ayat: Pelbagai corak songket dipamerkan 
di rumah budayawan itu.

BAHASA SANSKRIT - AWALAM PANCA


1. PANCAINDERA
Erti: DERIA
Contoh ayat :
Manusia dikuniakan pancaidera  untuk mensyukuri nikmat tuhan.

2. PANCARAGAM
Erti: MUZIK, Bunyi-Bunyian
Contoh ayat: kesemua ahli pancaragam sekolah seri puteri 
memakai pakaian seragam.

3. PANCALUMBA   
Erti: Pertandingan sukan yang menghendaki peserta menyertai lima acara

4. PANCAGUNA 
Erti: Bermacam kegunaan  
Contoh ayat: Saintis muda itu mencipta alat pengguna

5.PANCAPERSADA
Erti: Tempat tinggi yang bertingkat-tingkat 
Contoh ayat: Pertandingan nyayian itu diadakan di pancapersada.

6.PANCALISA
Erti: Lima dasar falsafah kenegaraan Republik Indonesia

7.PANCAROBA
Erti:Pertukaran atau peralihan musim
  
    

BAHASA SANSKRIT "TRI"


AWALAN ‘TRI- BERMAKSUD TIGA

1. Tribahasa 
Erti; Dalam tiga bahasa 

2. Trimatra 
Erti;Tiga dimensi 

3. Tripleks 
Erti; Tiga lapis(papan,kaca dan sebagainya)

4. Tribulan
Erti;Tiga bulan 

5. Trikaki 
Erti; Penopang kamera yang berkaki tiga

6. Trirangkai 
Erti; Sajak yang terdiri daripada tiga baris  

BAHASA SANSKRIT - DWI


1. Dwi- bahasa
Erti: Sesuatu yang bertulis dalam  dua bahasa.

2. Dwibulan 
Erti: Berselang-selang setiap dua bulan.

3. Dwifungsi
Erti: Dua tugas

4. Dwicabang
Erti:Mempunyai dua cabang, pecahan.  

5. Dwi-darma 
Erti: Dua kemestian atau kewajipan.

6. Dwidewan
Erti; Sistem pemerintahan yang mempunyai dua dewan.

7. Dwiguna
Erti; Mempunyi dua kegunaan.

8. Dwiwarna
Erti; Mempunyai dua warna. 

BAHASA SANSKRIT - EKA


1. Ekabahasa
 - Erti : Satu bahasa.  

2. Ekawarana 
 -Erti : Satu bahasa.    
          
3. Ekahala 
   -Erti : Mempunyai atau  mengikut hala sahaja.   

4. Ekafungsi  
    -Erti : Mempunyai satu fungsi. 
    
5. Ekasuku    
    - Erti : Mempunyai satu suku  kata. 

BAHASA SANSKRIT - AWALAN "juru"


1. Juruacara
-Ert i: Orang yang memimpin  sesuatu pertunjukan.

2.  Jurubahasa
-Erti : Orang yang menterjemahkan percakapan orang.

3. Jurubina 
-Erti ; Orang yang mereka bentuk bangunan.

4. Juruhebah
 -Erti : Orang  yang menberkan sesuatu. 

5. Jurubank  
-Erti ; Orang yang bekerja di bank.

6. Jurulatih
-Erti ; Orang yang melatih orang  lain supaya mahir. 

7. Jurupustaka
Erti ; Pustakawan 

8.Juruubat

-Erti ; Ahli farmasi .

BAHASA ISTANA


1. AMPUN KURNIA
   - Memohon maaf.

2. ANUGERAH
   - Pemberian daripada pemerintah yang tinggi nilainya.

3. BERADU
   - Tidur

4. BERANGKAT
   - Mula meninggalkan sesuatu tempat.

5. BERCEMAR DULI
   - Digunakan pada sultan yang sudi datang ke sesuatu tempat.

6. BERKENAN
   - Bersetuju dengan sesuatu perkara.

7. BERPUTERA
   - Melahirkan anak.

8. BERSIRAM
   - Mandi

9. BERTITAH
   - Berkata, memberi perintah.

10. GERING
     - Sakit, uzur.

11. KURNIA
     - Belas kasihan, anugerah dan pemberian.

12. MANGKAT
    - Meninggal dunia.

13. MENGHADAP
    - Datang menemui raja.

14. MURKA
    - Marah.

15. SANTAP
    -Makan. 
    
16. SEMAYAN
    - Duduk di atas taktha.

17. TABAL
    - Majlis merasmikan kemahkotaan raja.