Monday, 28 November 2011

PENJODOH BILANGAN (MANUSIA/HAIWAN)



             1. ANGKATAN 
Kumpulan manusia  atau benda   
Contoh:belia,tentera 
             - Angkatan tentera Malaysia  sedang melakukan perbarisan
               sempena hari kebangsaan .                    
             
2. GEROMBOLAN
 Kumpulan orang
 Contoh:pengganas,perompak,samseng
       -Segerombolan pengganas telah menculik
        beberapa orang penduduk  kampung.

3. KELOMPOK
Himpunan atau kumpulan manusia/benda/binatang.
-Beberapa kelompok belia dari seluruh negara 
 dipilih untuk pertandingan
 catur peringkat Kebangsaan.

4. ORANG
Manusia
Contoh:peguam,pengawas, penulis, penyanyi, polis, 
wartawan, anak.
-Puan Eryana memiliki dua orang anak perempuan.

5. KAWAN
Kumpulan haiwan
Contoh:burung, unta, kambing, lembu, gajah, rusa.
-Sekawan burung camar berterbangan di tepi pantai.

6. KANDANG
  Haiwan di dalam kurungan atau kandang.
-Pak Ali mempunyai sekandang lembu.

7. EKOR
Semua jenis haiwan.
-Seekor burung hinggap di atas pokok.

8. KAUM
Kumpulan orang atau manusia.
Contoh:kaum Melayu, Cina, India, ibu, guru, petani.
-Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum 
  seperti Melayu, Cina, India.
               
9. KUMPULAN
Kelompok manusia atau haiwan, yang berbadan besar.
Contoh:gagak, rusa, kanak-kanak.
-Sekumpulan penonton asyik menyaksikan persembahan artis tersebut.

No comments: