Saturday, 12 November 2011

Kata Tanya

Sumber : Google Images
APA
- Untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat 
1.Apakah benda di dalam kotak itu?
2.Apakah warna jalur gemilang?
3.Apakah makanan kegemaran awak?

MENGAPA 
-Untuk menanyakan sebab 
1.Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah?
2.Mengapakah anak-anak itu didera?
3.Mengapakah Syafikah menangis?

BILA
-Digunakan untuk menanyakan masa
1.Bilakah projek tersebut akan siap?
2.Bilakah pameran seni khat di muziumitu akan berakhir?
3.Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

SIAPA 
-Untuk menanyakan manusia 
1.Siapakah yang terlibat dalam  konspirasi itu?
2.Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
3.Siapakah nama ibu kamu?

BERAPA
-Menanyakan masa atau bilangan 
1.Pukul berapakah pengantin lelaki akan sampai?
2.Berapakah jumlah pelajar di kelas Tahun Enam Bestari?
3.Berapakah harga sepasang kasut sukan itu?

BAGAIMANA 
-Menanyakan keadaan atau cara 
1.Bagaimanakah dia menjalani kehidupan tanpa tempat bergantung?
2.Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?
3.Bagaimana pelangi terjadi?

MANA
- Menanyakan tempat atau arah 
1.Di manakah lombong bijih timah mula-mula dibuka di Tanah Melayu?
2.Di manakah rumah Ahmad?
3.Di manakah Jalan Abdul Rahman?

No comments: