Saturday, 12 November 2011

Kata Sendi Nama

DI
Menerangkan tempat atau arah.
Contoh ayat: Kakanya bekerja di Putrajaya.

KE
Menerangkan tempat, arah, waktu dan masa.
Contoh ayat: Mereka akan ke Klang esok.

DARI
Menerangkan arah, tempat, waktu, atau masa .
Contoh ayat: Angin kencang bertiup dari selatan. 

DARIPADA
Menerangkan punca bagi manusia, haiwan, benda, sumber dan perbezaan. 
Contoh ayat: Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.

KEPADA 
Menerangkan manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan 
perubahan keadaan.
Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan sasaran yang merujuk tempat. 
Contoh ayat : Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.   

PADA
Menerangkan waktu dan tempat, orang, binatang dan benda. 
Contoh ayat: Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 

BAGI
Menerangkan kegunaan sesuatu.  
Contoh ayat: kereta itu bagi kegunaan pejabat sahaja. 

DEMI
Menerangkan tujuan, unsur penegas dan makna urutan kumpulan.
Contoh ayat: Demi keselesaan rakyat,kerajaan menyediakan 
pelbagai kemudahan awam.

TENTANG
Menerangkan perihal sesuatu, rujukan sesuata yang umum.
Contoh ayat: Mereka berbincang tentang masalah negara.

SEJAK 
Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu atau masa.
Contoh ayat: Mazni sentiasa sugul sejak kematian ibunya.

SEPERTI
SEPERTI/BAGAI/UMPAMA/LAKSANA.
Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan 
perbandingan.
Contoh ayat: Hatinya keras seperti batu. 

AKAN
Menerangkan manusia atau haiwan.
Kata sendi nama “akan” didahului dengan kata adjektif.
Contoh ayat: Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu. 

TERHADAP 
Digunakan di hadapan kata nama sebagai penerang, perlakuan yang dikenakan ke atas
penyambut yang tentu iaitu manusia, haiwan atau benda.
Contoh ayat: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

OLEH       
Hanya digunakan untuk membentuk ayat pasif. 
Digunakan di hadapan kata nama sebab.
Contoh ayat: Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

HINGGA
Menerangkan masa, tempat atau waktu .
Contoh ayat: Pengawal itu berjaga hingga pagi.

ANTARA  
Menerangkan arah. (jarak yang tidak  mempunnyai ruang ).    
Contoh ayat: Meraka berbincang antara adik-beradik.

UNTUK 
Menerangkan  kegunaan sesuatu dan bahagian yang diperuntukkan.   
Contoh ayat : Rumah untuk perkerja –perkerja sedang dibina. 

DENGAN
Membawa maksud berserta ,cara menggunakan dan pertandinganan.
Contoh ayat :Ani melukis potret itu dengan cat air .  

DALAM
Menerangkan jarak lingkunggan yang tidak mempunnyai ruang .
Contoh ayat:Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. 

SAMPAI
Digunakan untuk menerangkan masa atau waktu. 
Contoh ayat: Anak-anaknya belajar sampai ke peringkat univesiti  

No comments: