Saturday, 29 October 2011

SIMPULAN BAHASA

1. Bahasa Pasar
    Bahasa yang tidak  menggunakan tatabahasa dan struktur ayat yang betul

2. Baik Sangka
    Mempunyai tanggapan yang baik terhadap seseorang

3.  Balik Gagang
     Balik ke tempat asal

4.  Bangkai Bernyawa
     Orang yang terlalu kurus kering dan tidak bermaya

 5. Banyak Mulut
     Suka bercakap banyak atau suka berletar

6. Batu Api
    Orang yang suka menghasut supaya kedua-dua belah pihak bergaduh atau bermusuhan

7. Bau-bau bacang
    Hubungan atau pertalian keluarga yang  jauh

8.Bawa ke tengah
Mengemukakan sesuatu perkara kepada pihak tertentu untuk dibincangkan dan diambil
tindakan  

9. Bawah angin
    Negara-negara di sebelah timur dunia

10.Berat Sebelah
     Tidak berlaku adil dalam sesuatu hukuman

No comments: