Saturday, 29 October 2011

SIMPULAN BAHASA

1. Ada akal
Cerdik dan boleh berfikir

2. Ada bakat
Mempunyai kebolehan semula jadi

3. Ada jalan
Mempunyai peluang  atau harapan

4. Air muka
Rupa paras seseorang

5. Akal kancil
Cerdik dalam membuat helah

6. Alas cakap
Ucapan pendahuluan dalam sesuatu majlis

7. Alas perut
Makan sedikit sekadar menahan lapar

8. Alim kucing
Berpura-pura baik di hadapan orang

9. Ambil berat
Mengambil tahu atau prihatin tentang sesuatu perkara atau seseorang

10. Ambil angin
Melapangkan masa pergi ke sesuatu tempat untuk bersiar-siar atau berehat 
  

No comments: